Tuesday, August 5, 2008

Penyambut Tetamu


Penyambut tetamu a.k.a receptionist adalah individu pertama kita temui (selain dari Pak Guard) apabila tiba di satu-satu organisasi. sudah tentu tugas mereka akan mencerminkan imej dan juga reputasi organisasi. Kita lazimnya akan memberikan persepsi dan justifikasi kita yang pertama dengan cara kita dilayan oleh peyambut tetamu.

Melihat kepada kepentingan ini, tugas sebagai penyambut tetamu bukanlah tugas yang mudah. Ironinya, seringkali tugas ini diberikan kepada pekerja yang baru bekerja a.k.a yang kurang pengalaman tentang syarikat a.k.a budak yang selalu blur bila ditanya.

Lazimnya, kita akan cukup meyampah apabila dilayan oleh receptionist yang tak tahu menjawab apabila ditanya dan perlu merujuk kepada pegawai di atas untuk melayan pertanyaan kita.

Keadaan ini boleh dan perlu diubah. Penyambut tetamu perlu memainkan peranan yang lebih penting dari sekadar berpakaian cantik, bermekap tebal, berbau wangi dan kadang-kala mereka yang kerjanya kurang efektif itu tak ubah seperti pasu bunga di front desk.


Memandangkan tugas ini penting untuk kepentingan imej dan juga prestasi organisasi, mereka yang berada di posisi yang lebih tinggi dan berpengalaman dalam organisasi boleh memainkan peranan sebagai penyambut tetamu.

Dengan cara ini, mereka yang berjawatan ini lebih memahami organisasi dan menyampaikan maklumat dengan lebih tepat kepada pelanggan. Malah ianya dapat melancarkan keberkesanaan komunikasi dalam sesebuah organisasi.

hey..kalau ada komen atau pendapat pasal perkara ni, pe g... bagi la komen...
komen yang berkaitan la...

Mekacih!

2 comments:

saat omar said...

Dzul Alang rentak Seribu ke ni? haha...sorry lupa nama Joned2 tu..

Unknown said...

Ceh! patut la diorang bagi kerja tu dkt aku...tak patut!tak patut!